Pilihan anda:  Program Pengawalan Kesihatan - HP |  Program Pelangsingan - SP | Program Pemadatan & Penegangan Payudara - EP | Program Pembentukan Tubuh - BP | Program Penggiatan Semula Wajah - FP |Program Pertumbuhan Semula Rambut - RP|Program Feminin Hygine CRONY- FHP

 

A1 - Hydrating Cleanser (150 ml) RM 105.00 -84 PV

A2 - Lifting & Firming Complex (50 ml) RM 190.00 -152 PV

A3 - Clarifying & Lightening Complex (50 ml) RM 190.00 -152 PV

A4 - Clarifying & Tightening Masque (100 ml) RM  110.00-88 PV)

A6 - Normalizing Complex (50 ml) RM 75.00 -60 PV)

A10 - Revitalizing Concentrate (100 ml) RM 230.00 - 184 PV)

 

PROGRAM PENGGIATAN SEMULA WAJAH CRONY LOHAS - FP

Seperti manusia, kulit juga memerlukan makanan berkhasiat untuk tumbesaran yang sempurna. Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi keseluruhan tubuh badan kita tetapi pernah kah kita terfikir yang selama ini kita telah memberikan  pelbagai ‘makanan’ yang berbahaya kepada kulit kita sendiri? Produk penjagaan wajah yang kita gunakan selama ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh mendatangkan kemudaratan malah risiko untuk mendapat kanser! Cuba anda kira sendiri sudah berapa lama anda hidup di muka bumi ini? Selama itulah anda telah memberi makan ‘racun’ kepada kulit anda! Anda perlu sedar bahawa bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kecantikan akan memberi kesan jangka panjang kepada anda, mungkin bukan kepada anda tetapi pada anak dalam kandungan anda! Tidak hairanlah bayi yang dilahirkan dewasa ini sering berpenyakit kronik.

 Atas kesedaran inilah CRONY telah menghasilkan satu rangkaian produk produk penjagaan kulit wajah yang semata-mata berasaskan bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia telah diuji dan sangat efektif dalam memberikan kesan kepada pengguna-penggunanya. Jangan terkejut jika pertama kali anda menghidu bau produk ini dan merasakannya tidak wangi malah tiada bau.Ini kerana semua rangkaian produk CRONY tidak dicampur dengan pewangi. Dengan menggunakan produk ini, anda tidak perlu lagi risau tentang kesan jangka panjang yang akan anda alami akibat penggunaan produk. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk ini dijamin bukan sahaja selamat malah bermutu tinggi.Tiada bahan kimia berbahaya,bahan pengelupasan,bahan pewangi mahupun bahan pemutih. Hanya bahan asli yang semulajadi. Ia selamat digunakan oleh sesiapa jua. Kerana keaslian produk kecantikan CRONY ini, maka penjagaannya memerlukan lebih perhatian. Tidak seperti produk lain yang boleh dibiarkan terbuka untuk beberapa lama, rangkaian produk kecantikan CRONY harus ditutup dengan cepat selepas menggunakannya. Ini kerana jika ia dibiarkan terbuka, proses pengoksidaan akan berlaku dan akan memberi kesan terhadap kualiti produk.

 Demo mudah untuk anda lakukan: Cuba terbalikkan botol yang megandungi pelembab CRONY (A2 atau A3) dan lihat sama ada kandungannya mudah mengalir atau tidak. Kemudian bandingkan dengan apa-apa pelembab di pasaran. Anda akan dapati pelembab CRONY akan mengalir keluar dengan cepat tetapi produk yang ada dipasaran statik atau tidak mengalir keluar. Ini membuktikan bahawa produk CRONY tidak mengandungi bahan kimia yang mengikat produk tersebut dan menyebabkannya statik. Dengan penggunaan berterusan rangkaian produk kecantikan CRONY, kulit anda akan mengalami pertumbuhan semula dan menjadi lebih sihat, rata, halus, cerah, berseri. Bekas-bekas parut yang menghantui anda selama ini akan lenyap sama sekali. Menggunakan rangkaian produk AA  CRONY bermakna anda telah memberikan makanan berkhasiat untuk kulit anda.

Berikut adalah prduk-produk yang terkandung di dalam Program Penggiatan Semula Wajah FP ini:

  • A1- Hydrating Cleanser

  • A2- Lifting & Firming Complex

  • A3- Clarifying & Lightening Complex

  • A4- Clarifying Lightening Masque

  • A6 - Normalizing Complex

  • A10- Revitalizing Concentrate

.      A1 - Hydrating Cleanser (150 ml)

Bukan setakat membersihkan kulit wajah tetapi juga berkesan dalam menanggalkan kesan mekap. Ia berfungsi untuk membersihkan liang-liang kulit, mengekalkan kelembapan kulit dan mengasingkan kekotoran dari kulit. Tiada sebarang rasa ‘ketat’ atau rengsaan selepas anda mencucinya. Anda akan dapat melihat kulit anda sedikit cerah selepas menggunakan produk A1 ini. Anda juga akan merasa kesegaran setiap kali mencuci muka dengan produk A1. Gunakan pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan kesan optimum.

 Cara penggunaan:

Letakkan sedikit A1 ditapak tangan anda. Dengan menggunakan jari hantu, oleskan sedikit di 5 bahagian muka iaitu dahi,pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Selepas itu, gosok muka anda perlahan-lahan ke seluruh wajah. Cuci muka anda dengan air suam selepas menggunakannya.

             A2 - Lifting & Firming Complex (50 ml)

Produk makanan yang paling berkhasiat untuk kulit anda. Ia berfungsi untuk melembapkan dan menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit anda.Selain itu, ia mampu menghilangkan dan melicinkan garis-garis halus serta membaiki pembuluh darah, parut & kecacatan . Selain itu,ia juga mencegah penuaan, menegangkan kulit serta mengurangkan kedut di muka anda. Gunakan selepas penggunaan A10(Revitalizing Concentrate)

 Cara penggunaan:

Dengan menggunakan jari hantu, oleskan sedikit A2 di 5 bahagian muka iaitu dahi,pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Selepas itu, ratakan A2 tersebut ke arah atas perlahan-lahan sehingga menyerap. Anda tidak perlu menggunakan A2 dalam kuantiti yang banyak tapi pastikan ia meresap ke dalam kulit selurih wajah anda. A2 ini boleh juga disapukan ke seluruh leher supaya leher anda tegang dan tidak berkedut atau menggeleber. Ia juga dapat mengurangkan dagu berlapis (double chin)

A3 - Clarifying & Lightening Complex (50 ml)

Produk khas yang dicipta untuk melindungi wajah anda daripada sinar UV selain dari memutih dan memperbaiki kulit. Ia berfungsi mengurangkan Tirosinase dan mencerahkan warna melanin. Ia berupaya untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dengan berkesan. Gunakan produk ini pada waktu siang sahaja tetapi bagi kulit yang berpigmentasi, gunakan pagi dan malam. Gunakan produk ini selepas penggunaan A2 (Lifting & Firming Complex).Bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat & sensitif,anda hanya perlu memakai produk ini selepas kulit anda berubah menjadi normal semula.

Cara penggunaan:

Dengan menggunakan jari hantu, oleskan sedikit A3 di 5 bahagian muka iaitu dahi,pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Selepas itu, ratakan A3 tersebut ke arah atas perlahan-   lahan sehingga menyerap. Anda tidak perlu menggunakan A3 dalam kuantiti yang banyak tapi pastikan ia meresap ke dalam kulit selurih wajah anda. A3 ini boleh juga disapukan ke seluruh leher.

A4 - Clarifying & Tightening Masque (100 ml)

Masker ajaib yang berfungsi untuk menanggalkan keratin, melembut dan memutihkan kulit, menutup liang-liang, memperbaiki pengambilan oksigen dan memudahkan penyerapan nutrien ke dalam kulit. Disebabkan kandungan semuladinya yang tidak mengandungi bahan kimia, anda di syorkan menggunakannya selama 2 kali sehari (pagi dan malam) iaitu selama 7 minit setiap kali. Bagi kulit yang sensitif, gunakan A4 setiap 2-3 hari dua kali (pagi & malam). Anda akan melihat kesan serta merta pada wajah anda apabila menggunakan A4 ini. Kulit anda semakin halus, lembut dan tegang. Demo yang sering kami lakukan adalah dengan mencuci dan menggunakan A4 pada sebelah muka sahaja. Anda akan dapati bahagian muka yang menggunakan produk ini lebih cerah, bersih dan tegang ke atas berbanding muka disebelah lagi. Gunakan selepas mencuci muka dengan A1 (Hydrating Cleanser)

 Cara penggunaan:

Selepas mencuci muka dengan A1, lapkan muka sehingga kering. Kemudian, picitkan kandungan A4 dan oleskan sedikit ke 5 bahagian muka iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, hidung dan dagu. Pastikan tangan dan jari anda kering ketika mengeluarkan masker. Jangan sampai air paip masuk ke dalam botol tersebut kerana ini akan menyebabkan kulat senang tumbuh di dalam botol tersebut (kerana tiada bahan kimia penghalang kulat didalamnya). Sapu A4 ke seluruh wajah dan biarkan selama 7 minit. Selepas itu, cuci muka seperti biasa.  (Rujuk tajuk  ‘Testimoni Pelanggan’ untuk melihat  demo yang dilakukan ke atas pelanggan)

A6 - Normalizing Complex (50 ml)

Produk ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat. Ia berfungsi untuk menyekat rembesan minyak, anti-bakteria dan anti-akne serta melembab dan melegakan kulit yang sensitif.Gunakan beberapa kali sehari pada kulit berakne atau luka akan dapat membantu proses penyembuhan yang lebih cepat. Gunakan selepas penggunaan A10 (Revitalizing Concentrate).

 Cara penggunaan:

Picit sedikit A6 dan sapukan ke atas kulit yang luka dan berjerawat. Tidak perlu memicit produk ini dengan banyak tetapi kekerapan menggunakannya lebih penting.

A10 - Revitalizing Concentrate (100 ml)

Produk ajaib yang amat berkesan dalam menangkap radikal bebas. Ia bertindak seperti penyegar tetapi fungsinya jauh lebih baik dari itu. Penyegar biasanya cair tetapi A10 ini agak likat sedikit. Sangat menjimatkan kerana ia akan mengalir setitik demi setitik apabila kita memicitnya.Meresap ke dalam kulit dengan cepat kesan dari teknologi nano yang digunakan dan kulit anda akan menjadi lembap. Ia berfungsi sebagai agen anti pengoksidaan, melegakan keradangan, anti penuaan, memutih secara semulajadi dan menegangkan kulit muka. Selain itu, ia mengekalkan air, meredakan alergi kemerahan,bengkak,sensitif dan kegatalan akibat salah penggunaan produk atau disebabkan jerawat yang serius. Gunakan A10 selepas penggunaan A4 (Clarifying Tightening Masque) pada waktu pagi dan malam.

 Cara penggunaan:

Titiskan 5 titik A10 di tapak tangan anda dan kemudian oleskan ke 5 bahagian wajah anda iatu dahi, pipi kiri, pipi kanan, dagu dan hidung. Ratakan ke seluruh wajah. Lebihkan sedikit ke tempat yang bermasalah.Anda akan dapati A10 ini meresap dengan cepat ke muka anda tanpa meninggalkan sebarang kesan seperti melekit,merengsa atau sebagainya.

 

 

 
 

bajucrony@gmail.com
copyright © 2006