Terus ke:  Program Pengawalan Kesihatan - HP |  Program Pelangsingan - SP | Program Pemadatan & Penegangan Payudara - EP | Program Pembentukan Tubuh - BP | Program Penggiatan Semula Wajah - FP |Program Pertumbuhan Semula Rambut - RP

 

Wajah saya sebelum mengenali CRONY - dari hadapan. Gambar diambil pada 12/3/2005

Wajah saya sebelum mengenali CRONY - dari kanan. Gambar diambil pada 12/3/2005

Wajah saya sebelum mengenali CRONY - dari kiri. Gambar diambil pada 12/3/2005

Wajah saya selepas 7 bulan setengah menggunakan produk CRONY - gambar di ambil semasa Hari Raya Puasa tahun 2005 -5/11/2005

Wajah saya dari arah kiri selepas 7 bulan setengah menggunakan produk CRONY - gambar di ambil semasa Hari Raya Puasa tahun 2005-5/11/2005

 

1.                   Testimoni Program Kecantikan AA

Di Crony, kami melatih staff-staff untuk menjadi pengguna setia bagi semua produk keluaran syarikat. Ini penting kerana adalah sesuatu yang pelik apabila seorang pegawai pemasaran memakai produk yang berlainan jenama dan kemudian menjual pula produk keluaran syarikat. Ini akan menyebabkan konflik produk berlaku. Kerana itu, tidak hairanlah jika testimoni yang digunakan sering merujuk kepada wajah-wajah staff sebelum dan selepas menyertai CRONY. Ia lebih mudah kerana kami yang akan berjumpa dengan pelanggan dan membuat penerangan berkenaan produk. Lebih mudah untuk pelanggan melihat kesannya dengan nyata.

 Saya lebih berminat untuk menceritakan pengalaman saya apabila mengambil produk CRONY. Saya merupakan seorang yang obses terhadap kecantikan. Bagi saya, menghabiskan duit untuk mendapatkan kulit idaman adalah pelaburan yang berbaloi. Boleh dikatakan saya telah mencuba kebanyakan produk di pasaran untuk memperbaiki kulit wajah saya yang saya sifatkan bermasalah. Dari harga yang paling murah hingga yang mencecah ribuan ringgit. Walaupun ribuan ringgit telah lebur, kesan yang dialami tidak statik. Apa yang menyakitkan hati, walaupun jerawat yang keluar cuma 5 biji tetapi muka saya nampak comot kerana jerawat tersebut bersepah. Di dahi sebiji, pipi kiri sebiji, pipi kanan dua biji dan atas hidung. Ini amat menyeksakan kerana kelihatan seperti muka ini penuh dengan jerawat. Mungkin disebabkan tekanan kerja dan waktu tidur yang tidak menentu ditambah pula jenis kulit yang berminyak, muka saya mudah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi bila musim ‘tengkujuh’ datang. Pasti ada tambahan jerawat di muka ini. Proses menghilangkan jerawat mengambil masa yang cukup lama. Belum sempat jerawat A turun, jerawat B pula naik. Kitaran 1 bulan sebelum haid berikutnya datang tidak cukup untuk menghilangkan jerawat ini, Ini menyebabkab tekanan saya makin bertambah. Di tambah pula majlis perkahwinan saya akan diraikan pada 26 November 2005. Dengan muka yang berjerawat dan berparut hitam akibat jerawat lama, saya cukup tertekan. Concealer menjadi teman setia. Itupun kadang-kadang masih tidak mampu menutup cela di wajah. Sampai satu tahap, saya ambil kamera digital dan mula merakam wajah sendiri yang penuh dengan parut dan jerawat. Depan, Kiri dan kanan. Ohhh..Memang menakutkan. Makin benci rasanya pada wajah sendiri. Tapi saya kata inilah bukti yang akan saya tunjukkan pada orang jika muka saya kembali pulih. Dan ketika itu, saya akan promosikan produk yang berjaya merubah wajah saya secara besar-besaran. Tunang saya sudah mula bertanya mengapa muka saya kelihatan begitu teruk.

 Pada bulan Julai 2005, saya diterima bekerja di CRONY. Pada mulanya, saya tidak yakin kerana saya terfikir – Muka sendiri pun berjerawat, bagaimana hendak menyakinkan pelanggan yang produk yang saya jual adalah produk terbaik? Tapi di sinilah keazaman saya datang. Saya lebih bersemangat untuk memulihkan kulit wajah. Walaupun tidak 100%, sekurang-kurangnya biarlah jerawat ini kering dan mengecut. Pengalaman bekerja di CRONY menjadikan saya seorang yang lebih berpengetahuan dalam penjagaan kulit wajah. Penolong Pengurus di jabatan saya telah mengesyorkan saya untuk menggunakan produk CRONY. Saya mengikut nasihatnya dan mula menukar semua produk kecantikan saya sekali lagi. Memang pelaburan yang tinggi tetapi saya bertawakal demi untuk mendapatkan kulit yang sihat. Beberapa hari kemudian saya dapat merasai keajaiban berlaku pada wajah saya. Memang agak sukar dipercayai tapi itulah hakikatnya. Masih saya ingat, terdapat satu bintik hitam (black head) di atas hidung saya yang cukup menjelekkan. Saya sudah berusaha selama lebih 3 minggu untuk mengeluarkannya menggunakan besi pencungkil jerawat tetapi tidak berjaya sehinggalah saya mengalah. Tidak guna memaksa kalau akhirnya ia menjadi parut yang lebih hodoh. Apabila saya mencuci muka dengan A1 dan menggunakan A2 pada waktu malam, saya dapati kulit saya menjadi lembap.

 Keesokan harinya, ketika saya melihat wajah dicermin, sekali lagi saya ternampak black head itu. Geram melihat seakan-akan biji kecil bewarna hitam terkeluar dari permukaan kulit tetapi sangat degil untuk dikeluarkan, saya nekad mencungkilnya sekali lagi. Amatlah memeranjatkan apabila saya mendapati black head tersebut keluar dengan mudah tanpa perlu saya menekan kuat hidung saya. Saya tertanya-tanya dan rasa tidak percaya melihat keberkesanan produk ini. Saya tidak mahu terlalu yakin dan cepat membuat kesimpulan mengatakan produk ini bagus semata-mata saya bekerja di sini tetapi buktinya terlalu nyata. Saya terus setia menggunakan produk ini dan bulan seterusnya telah meyaksikan perubahan yang nyata ke atas kulit saya. Jika ada jerawat sekalipun, ia lebih lembut dan tidak menyakitkan serta mudah menghilangkannya.

 Bulan ketiga saya bekerja, saya membeli produk A10 pula. Betapa menyesalnya saya tidak memakai A10 sebelum ini kerana setelah menggunakannya, boleh saya katakan ia adalah produk paling bagus malah ajaib pernah saya temui! Masakan tidak, kulit saya tidak lagi kemerahan malah parut semakin nipis dari hari ke hari. Ia kelihatan seolah-olah ada satu lapisan minyak di atas muka saya yang menyebabkannya kelihatan bersinar dan sihat.tanpa sebarang solekan! (ketika rawatan, saya memang tidak digalakkan menggunakan solekan kerana akan menutup pori-pori wajah) Rakan-rakan di pejabat mula bertanyakan perubahan kulit wajah saya. Hingga CEO saya pun memberikan komen! Memang saya kagum dengan A10. Ia bukan toner kerana kandungannya agak likat dan dipakai selepas menggunakan masker. Apabila diletak di muka, ia meresap dengan cepat dan yang paling menakjubkan, tiada langsung kesan melekit atau rengsaan yang ditinggalkan ke atas muka saya. Ia seolah-olah lenyap dimakan kulit muka.

 Sehingga hari ini, kulit saya semakin sihat. Parut di bahagian atas pipi sudah hilang. Hanya tinggal sedikit parut hitam dibawah pipi. Hingga hari ini juga,semua produk saya masih ada lagi kecuali A1 (pencuci muka) yang saya beli buat kali kedua. Ini bermakna produk ini tahan lama sehingga 5 bulan.Jika saya bahagikan tempoh penggunaan dengan wang yang saya laburkan, saya kira saya telah banyak berjimat. Saya juga semakin yakin untuk memberi penerangan dan penyampaian berkaitan produk kepada pelanggan.  Niat saya untuk menjadikan wajah sendiri sebagai testimony telah berjaya. Terima kasih CRONY. Saya bangga menjadi Pegawai Pemasaran dan Latihan di sini. Akan saya kongsikan pengalaman ini dengan semua pelanggan yang saya jumpa. Saya juga mempunyai pengalaman sendiri apabila menggunakan Pakaian Pembentukan Tubuh CRONY. Nak tahu ceritanya? Sila lihat di Testimoni Pakaian Pembentukan Tubuh AS!

 

Seterusnya:

Testimoni Program Pembentukan Tubuh AS

Testimoni Program Kecantikan Wajah Siri A

Testimoni Program Makanan Kesihatan C Series


 

bajucrony(@)gmail.com
copyright © 2006