Terus ke:  Program Pengawalan Kesihatan - HP |  Program Pelangsingan - SP | Program Pemadatan & Penegangan Payudara - EP | Program Pembentukan Tubuh - BP | Program Penggiatan Semula Wajah - FP |Program Pertumbuhan Semula Rambut - RP

 

Sexybone di bahagian dada saya masih belum kelihatan. Gambar diambil pada 5/11/2005. Ketika ini saya telah memakai pakaian CRONY sebagai persediaan menuju gerbang perkahwinan.

Sexybone di bahagian dada saya mulai kelihatan. Gambar diambil pada 2/12/2005. Ketika ini saya menghadiri majlis makan malam menyambut menantu bersama keluarga mertua selepas seminggu berumahtangga.

 

1.                   Testimoni Program Pembentukan Tubuh AS

Saya akan berkongsi pengalaman sebenar yang saya alami sendiri apabila menggunakan produk pembentukan badan CRONY iaitu S1,S3 dan S5. Sebagai Pegawai Pemasaran, kami wajib mencuba semua produk yang syarikat keluarkan agar kami dapat merasakan kehebatan produk itu seterusnya dapat membuat penerangan dan penyampaian dengan lebih yakin.  

Saya memang teruja untuk mencubanya tetapi belum berkemampuan untuk membelinya. Maklumlah, sebulan sebelum saya menyertai CRONY, ada seorang wanita bertemu saya untuk menjual pakaian pembentukan produk jenama X. Harganya? RM 2000 lebih! Memang saya akui bukan murah, tetapi kakak saya yang baru lepas bersalin menggesa saya membelinya supaya dia mempunyai kawan untuk memakai pakaian tersebut bersama. Pelik kan? Tapi saya ikutkan saja. Sebab saya yang mempromosikan pakaian tersebut padanya. Mengapa? Kerana saya ingin ‘lari’ dari membeli produk tersebut. Tapi akhirnya saya terperangkap juga apabila di ingin saya membeli sekali pakaian tersebut. Disebabkan dia yang membayar wang pendahuluan, saya setuju. Saya membuat perjanjian akan membayar ansuran bulanan padanya (hingga sekarang masih belum habis lagi…).

 Saya sebenarnya tidak menyangka yang saya akan menyertai syarikat gergasi CRONY ini. Masakan tidak, dahulu pun, bila saya mendengar nama CRONY, saya sudah terbayangkan butik yang hebat dan elegan. Dipenuhi oleh kaum Cina yang kaya dan wang bukan satu masalah besar. Jadi, bekerja di sini adalah satu kenyataan yang tidak pernah saya mimpikan. Jangan tanya bagaimana saya tahu mengenai CRONY. Bukankah saya sudah memberitahu bahawa saya seorang yang obses pasal kecantikan? Sudah tentu saya pernah mendengar nama CRONY walaupun tidak pernah melihat sendiri produknya. (agak pelik apabila saya tidak tahu yang CRONY ada mengeluarkan produk penjagaan wajah dan makanan kesihatan, saya ingatkan hanya pakaian pembentukan tubuh sahaja..) 

Apabila bekerja di sini, saya diwajibkan membeli satu set pakaian dalam CRONY selepas jawatan saya disahkan. Saya tidak begitu kisah untuk membelinya tetapi hutang dengan kakak saya pun belum habis, takkan hendak melabur lagi? Memang saya tidak dipaksa untuk membelinya tetapi bagaimana kalau pelanggan bertanya. Saya tiada pengalaman memakai produk ini. Sudah tentu penerangan saya tidak meyakinkan. Pengalaman saya memakai produk jenama X adalah. Apa yang boleh saya katakan tentang produk X itu? Mmm..kalau mahal, tapi tak kurus jugak tak tau lah! Bukan niat memburukkan mana-mana produk kerana itu bukan prinsip saya. Hanya berkongsi pengalaman sebenar yang saya alami. Produk X berjaya membentuk badan saya tetapi saya harus menahan kesakitan selama 2 minggu! Kenapa 2 minggu? Kerana kakak yang menjual itu mengatakan saya akan melihat kesannya dalam 2 minggu! Apa saya lihat memang ada sedikit kesannya tetapi saya rasa sakit dan tidak selesa sepanjang 2 minggu itu. Apabila membuka pakaian tersebut, saya akan mulakan operasi menggaru. Gatal! Cukup 2 minggu saya berhenti memakainya. Jadi,apa yang perlu saya katakan pada pelanggan tentang produk CRONY jika saya tidak memakainya?

 Penolong Pengurus saya adalah orang yang mengukur tubuh badan saya dan memberi saya saya satu contoh baju dalam untuk saya cuba. Selesai memakainya, saya serta merta berubah fikiran! Walaupun duit tidak ada dalam tangan, saya nekad untuk membeli. Kenapa? Anda harus mencuba sendiri barulah anda tahu bagaimana sukarnya saya untuk menerangkan kehebatan baju ini. Saya kemudian membeli baju dalam ini menggunakan kad kredit. Hutang lagi…!Tetapi saya puas kerana menemui produk yang benar-benar berkesan tanpa menyakitkan. Agak mengecewakan kerana saya rasa terpedaya dengan kakak yang menjual produk X tersebut. Sebelum membeli, saya bertanya adakah harga produknya itu sama dengan Crony, beliau berkata harganya lebih kurang sama. Jadi, saya pun tak kisahlah. Saya percaya kata-katanya kerana CRONY jenama yang ekslusif, harganya tentu mahal sedikit atau lebih kurang sahaja. Apabila mendapat tahu harga satu set baju dalaman CRONY hanya RM 1500 belum ditolak rebet, sakitnya hati bukan kepalang! Lebihan RM 500 yang saya laburkan pada produk X itu boleh membeli satu helai lagi pakain CRONY! Tetapi saya cuba mengambil positif pengalaman ini kerana sekurang-kurangnya saya dapat membuat perbandingan kedua-dua produk kepada para pelanggan saya. Seperti yang saya katakan, bukan prinsip saya memburukkan produk pesaing. Saya cuma membuat perbandingan kedua-dua produk dan rasanya pelanggan lebih arif yang mana satu pilihan kalbu. Apa yang boleh saya katakan, pengalaman tidak pernah silap dalam mengajar kita membuat pilihan yang tepat!

 Kini, saya lebih langsing dan sentiasa mendapat pujian pelanggan. Bentuk badan saya juga bukanlah terlalu besar tetapi selepas memakai CRONY, bentuknya semakin mantap dan berlekuk cantik. Saya rasa jatuh cinta dengan pakaian ini kerana ia melekap pada padan seperti ibu memeluk anaknya! Tiada  tekanan, saya tidak sedar ia berada di tubuh saya kerana tiada tekanan yang menyakitkan. Cara bernafas mungkin tidak seperti biasa jika tidak memakainya tetapi tidaklah seperti orang semput pula! Kalau kita makan berlebihan pun kita akan rasa sesak nafas bukan! Maklumlah, perut terlalu penuh. Saya tidak menyedari bentuk badan saya telah berubah hinggalah apabila saya pergi ke pejabat lama dan semua orang mengur saya dan mengatakan saya semakin langsing! Perasaan saya? Sudah tentu bangga dan ini menambahkan keyakinan saya ketika membuat penyampaian. Yang paling nyata adalah bahagian dada saya di mana tanpa saya sedari, sexybone saya telah kelihatan! Saya hanya menyedarinya apabila saya mengambil gambar dan ia kelihatan begitu nyata! Sebelum ini tidak ada pula! Teringat saya kepada seorang rakan semasa sekolah menengah dulu yang mengatakan jika sexybone kita ini kelihatan, ia menandakan yang kita kurus dan seksi!. Ketika itu, kami sama-sama tergelak kerana terus teringatkan pesakit aneroksia nervosa yang bukan sahaja kelihatan sexybone nya, tetapi segala tulang rusuknya terkeluar dan kelihatan nyata! Seksi ker ..?? Kini, barulah saya faham apa maksud kawan saya sebenarnya kerana ia berlaku pada diri saya sendiri!

 Saya rasa amat bangga dapat membantu wanita mencapai berat badan ideal. Kerana itulah, saya tidak kisah menghabiskan masa berjam jam menerangkan cara penggunaan produk dan tips tips kesihatan kepada pelanggan. Tidak percaya? Tanyalah pelanggan-pelanggan saya! Mereka lebih kenal siapa Watie..

 

Seterusnya:

Testimoni Program Pembentukan Tubuh AS

Testimoni Program Kecantikan Wajah Siri A

Testimoni Program Makanan Kesihatan C Series


 

bajucrony(@)gmail.com
copyright © 2006